Tuesday, September 24, 2013

Bicara Tentang Cinta

Cinta itu Global...
Cinta itu Besar Maksudnya...
Cinta tidak specific kepada sesuatu benda sahaja...
Cinta itu meluas...

Jangan sempitkan fikiran kita kepada satu benda sahaja...
Buka Minda...
Buka Hati...
Yakni semua yang indah akan ditemui...

Bila bicara tentang cinta...
Pasti otak kita fokus kepada wanita...
Sungguh tak salah...

Tapi seharusnya cinta kita Pada Allah yang satu...
Sandarkan sesuatu padaNya terlebih dahulu
Yakni saya, anda dan kalian semua tidak akan kecewa...
Kerana Dia sentiasa ada diwaktu kita Susah apatah lagi waktu kita senang...
Buktikan cinta kita Kepadanya dengan menyambung perjuangan Rasul Allah...
Amar Makruf Nahi Mungkar!!!
itu yang pasti...

Tambahkan kekuatan cinta kita dengan menyemai rasa cintakan RasulNya...
Sesungguhnya dia lah paling layak dicinta selepas Allah S.W.T...
Bila cinta kepadanya tersemai indah...
Nescaya Hidup kita lebih barakah...
Untuk menunjukkan rasa cinta kepadanya...
Ayuh amal hidupkan Sunnah...
Sungguh hari hari saya, anda akan lebih tenang dan bermakna...

Bila ia sudah hati sudah menyintai 2 cinta yang agung...
Kukuhkan lagi dengan rasa cinta yang tulus kepada ayah dan ibu...
Sesungguhnya mereka lah paling layak dicinta selepas Allah dan Rasul...
Cintailah dan sayangilah mereka dengan sepenuh hati...
Kerana sesungguhnya Redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa...
Ya...itu Janji Allah...

Dimana letaknya cinta kepada wanita...
Cinta kepada wanita itu fitrah manusia
yang telah Allah kurniakan...
Tapi bila menyintai wanita utamakan dulu agamanya...
Lihat pula asal keturunannya...
Baru melihat kepada kesederhanaan dalam kehidupan..
Sesungguhnya kecantikan itu lah yang terakhir yang perlu dinilai...

Bila seronok berbicara tentang cinta...
Sesungguhnya kita akan mencari cinta yang halal...
Kerana ia merupakan cinta yang tersangat indah...
Membawa keberkatan dan rahmat Dari Allah...

Dan Aku juga sedang mencari cinta...
Tidak mencari yang sempurna...
Kerana aku juga tidak lah sempurna...
Cukuplah sekadar yang mampu berjalan seiringan denganku
Bersama Mencari Nur Hidayah Ilahi...



Monday, June 24, 2013

Aku masih berharap

Sungguh Aku masih berharap
Berharap untuk terbang jauh ke sana
Aku teringin...
Dek terlalu teringin aku mengambil langkah
Tanpa memikirkan pengakhirannya...

Mulanya sekadar sebuah percubaan
Pelaburan sehiris bawang
Penentu masa hadapan sebesar alam

Namun...

Masih wajarkan aku mengharap
Setelah mendapat tentangan secara total
Walau ada yang berlainan bicara
Dari mereka yang jauh dengan aku...

Wal hal yang dekat seaakan tidak merelakan nya...
Aku sedar mengapa dan kenapa?
Dan aku tahu itu...

Namun selagi masa belum tiba...
Aku masih lagi berharap
Agar harapan yang terbentang luas bukan sekadar sebuah pengharapan


Sunday, June 23, 2013

Jagakan Mereka Ya Allah...

Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana sentiasa mengurniakan aku mereka-mereka yang berhati besar...Kau jaga lah serta limpahkanlah kepada mereka rezeki yang melimpah ruah...agar mereka dapat terus berbakti kepada insan-insan lain.

Amin...

Thursday, June 13, 2013

Andai aku tidak tahu...

Argh...

Inilah dia
Sesuatu yang aku amat geruni
Sudah sekian lama mentafsir
Keyakinan bertambah setanding dengan pertambahan hari
Cuma takut untuk mencari dan mengiyakan kebenaran...

Andai ditakdirkan itu lah yang akan terjadi
Kuatkan kan lah aku...
Agar dapat menempuhi dan melawan
Agar aku terus dapat mengukir senyuman
dan membuat orang lain tertawa...

Kehidupan nya sentiasa berpenghujungkan kematian...
Sama ada dalam sedar atau tak,
sedia mahu pun tidak.
Aku bersyukur kerana sekurang-kurang nya Aku tahu kematian itu semakin dekat
dengan aku....

Dan apabila sudah tiba masanya...
Untuk aku pergi menghadap Mu
Aku redha kerana sesungguhnya
dengan ujian ini aku tahu bahawa aku semakin dekat dengan Ajal-Mu
dan beruntunglah aku kerana mendapat pertanda awal dari Mu...