Thursday, June 13, 2013

Andai aku tidak tahu...

Argh...

Inilah dia
Sesuatu yang aku amat geruni
Sudah sekian lama mentafsir
Keyakinan bertambah setanding dengan pertambahan hari
Cuma takut untuk mencari dan mengiyakan kebenaran...

Andai ditakdirkan itu lah yang akan terjadi
Kuatkan kan lah aku...
Agar dapat menempuhi dan melawan
Agar aku terus dapat mengukir senyuman
dan membuat orang lain tertawa...

Kehidupan nya sentiasa berpenghujungkan kematian...
Sama ada dalam sedar atau tak,
sedia mahu pun tidak.
Aku bersyukur kerana sekurang-kurang nya Aku tahu kematian itu semakin dekat
dengan aku....

Dan apabila sudah tiba masanya...
Untuk aku pergi menghadap Mu
Aku redha kerana sesungguhnya
dengan ujian ini aku tahu bahawa aku semakin dekat dengan Ajal-Mu
dan beruntunglah aku kerana mendapat pertanda awal dari Mu...








No comments:

Post a Comment