Thursday, May 2, 2013

Lihat watak di sekeliling anda...

Setiap apa yang terjadi itu ada sebab dan musabab.Ia besebab sungguh, tak tipu...namun ia terlalu subjektif...Dan apa yang hanya kita mampu lakukan adalah mendengar, memerhati, memikir dan seterusnya mambuat analisa sekaligus membuat keputusan !!!

Kita mampu dan boleh berfikir...Kenapa berlaku, Apa yang berlaku, Bagaimana ia berlaku, siapa yang lakukan...dimana berlaku...dan apa kesan tragedi tersebut kepada diri kita...Itu semua kita mampu fikir...kekadang dek kerana terlalu memikirkan kita sendiri tidak tahu macam mana nak buat konklusi dan akhirnya berakhir dengan koma tanpa titik noktah...Sungguh, pasti ada yang akan  tertanya...Kenapa aku perlu memikirkan semua ini ? Perlukah aku memikirkan semua ini ?....

Jawapanya...YA...kita perlu memikirkan nya,,,Kenapa???sebab itu memang hak kita...hak kita sebagai seorang penghuni...seorang penghuni yang punyai hak waima hak itu hanyalah sebesar zarah. kita perlu untuk berfikir dan semua perlu untuk berfikir...Kerana apabila semua berfikir, buah fikiran yang sekecil zarah itu akan menghasilkan satu impak dan laluan tindakan yang betul dan bernas...

Tak percaya???

Semudah analogi ini...Kenal tong gas??? Tahu tong gas berat nya berapa??? pernah angkat tong gas???

Tong gas itu kalau tidak berisi pastinya ringan...Angat naik turun tangga tingkat 20 pasti tak mengah..mengah pun tak lah sampai 20 minit tercungap cungap...

Tapi......

Bayangkan ia berisi dengan gas...pasti kita akan berfikir panjang untuk mengangkatnya...Kenapa???sebab ia berat...berat dangan zarah-zarah gas yang terkumpul...

Kembali kepada pangkal cerita, Berfikir seorang diri itu betul, tapi adalah lebih betul dengan berkongsi...

Pergi duduk atas kerusi, 
Walaupun berlainan parti,
buat diskusi, 
cari solusi, 
berfikir menggunakan akli,
berpandukan bisikan hasrat hati, 
semestinya berlandaskan asas dan panduan islami...
dan ia mesti lah dilakukan dengan berhemah tinggi...

Bila dah dok semeja nanti
Jangan pula baling kerusi, 
caci mencaci, 
kecoh sana sini,
Sampai tuding jari,
habis keluar fakta tak pasti,
tuduh tak periksa akar umbi,
Nak tutup silap sendiri,
Tanpa fikir kesan kemudian hari,
Tamat diskusi tanpa solusi,
Terus memperbodohkan diri sendiri,
dihadapan semua penghuni...

Ini bukan nak sokong siapa-siapa...kerana pada aku. semuanya sama...semuanya belajar sampai Universiti malah kebanyakan nya lulusan luar negeri...pandai...dan dalam kepandaian itu...masih terserlah dengan jelas dan nyata kebodohannya dengan paras tinggi yang sama rata...Jangan asyik nak melenting sana sini...bukan itu yang hendak didengari...dari melenting sana sini, fitnah tanpa henti, ungkit apa yang tak pasti...adalah lebih baik kumpulkan orang-orang kau...duduk bersama dalam bilik mesyuarat dan fikirkan balik apa sebenarnya Agenda yang kau dan orang-orang kau...Fikirkan balik apa yang telah engkau buat selama engkau diberi peluang...Adakah engkau yakin apa yang telah engkau dan orang-orang kau buat mampu memuaskan hati engkau serta penghuni engkau???

Untuk yang sebelah lain...berusahalah menjadi dahan kepada yang satu lagi...agar akar nya lebih kukuh...kalau dah tak boleh dan tak mampu sangat....pergi buktikan yang kau juga adalah yang terbaik malah lebih baik...Jangan sibuk dengan sesuatu yang lain...anda sedang membazir tenaga, masa, wang ringgit, malahan sedang menambah sakit hati para penghuni...Jangan ikut rentak mereka...kalau meraka lakukan sesuatu yang buruk cuba buat yang sebaliknya...Jangan bazirkan masa yang sedikit ini untuk untuk melaung berlari kesana sani dengan demonstrasi yang tak henti henti...Masa itu sungguh berharga...gunakan masa itu untuk terus berbakti kepada penyokong engkau...semoga dengan bakti yang anda tunjukkan mampu membuka hati penghuni yang satu lagi...setidaknya penghuni tidak akan menyamakan engkau sama seperti yang berada dilorong sebelah...tidak sama sekali...

Bumi berputar wahai engkau...bukan statik...bergeraklah selari dengan putaran bumi...jangan berhanti memperdulikan dunia penuh dengan tipu daya...yang penuh dengan kepalsuan dan ketidak adilan yang semakin berleluasa tanpa kenal siapa mangsanya...

Sungguh...bumi tidak akan pernah telus, tidak akan pernah adil...tapi kalau betul engkau punya niat yang suci...maka teruslah berjuang...kembalikan keadilan...pulihkan semua kezaliman...dan percayalah apabila berniatkan sesuatu yang baik pasti jalan akan terbuka...dan apabila punya laluan...jangan sekali kau tinggalkan slogan yang pernah engkau laungkan...buktikan engkau berbeza agar engkau terus dapat berjuang...pilihlah orang-orang kau dan latihlah mereka agar mereka tidak menjadi seperti mereka yang sebelumnya walaupun kami sedar kamu juga punya agenda yang tersendiri...agenda yang kamu tidak pernah akan kongsikan bersama kami...Dan kami tidak akan bertanya...kerana kami pegang satu prinsip "Jangan sesekali bertanyakan kebenaran dari seorang ahli politik kerana jawapanya pasti berbaur penipuan"....

Dan ya...sekarang aku sedang berbicara...berbicara sesuatu yang aku tidak suka...yang aku paling benci...yang aku paling tidak faham...yang aku paling menyampah...tapi itu sebelum aku berumur 20 tahun...sewaktu aku masih punya fikiran yang politik itu kotor, jijik, penuh dengan tipu daya...Namun itu dulu...dulu...sewaktu aku masih lagi budak hingusan, pakai baju tak berseterika, tak reti nak cuci muka, rambut serabai...

Sekarang...

Aku masih lagi sama...tapi aku punya Fikiran yang lebih matang dan aku sedar yang politik itu sungguh bersih dan suci...namun ia menjadi kotor dan jijik apabila pemainya seorang yang pengotor...ye...orang yang membuatkan politik itu menjadi kotor...kerana kerakusan, ketamakan dan keinginan yang tidak pernah akan puas...

Aku sedar aku bodoh pasal politik...masih tak cukup matang...namun aku punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan hati untuk memandang...dan dengan pandangan hati itu aku sudah cukup mampu untuk membuat keputusan...

dan aku percaya ramai lagi diluar sana yang sama seperti aku...yang sudah semakin muak dengan permainan kotor...yang tak akan pernah berpenghujung...tidak sama sekali...kerana realitinya meraka semua sama...tiada beza...berada dilitar yang sama,dengan matlamat yang serupa, corak permainan yang sekata...namun berada dilorong yang berbeza...namun penentunya adalah kami...kerana kuasa ditangan kami...berhati-hati apabila bermain...kerana kami sedang menonton dan menilai startegi permainan anda dan kamilah penentu siapa pemenang permainan ini...!!!

||Karangan yang pasti akan dibuang dalam bangkul sampah oleh cikgu bahasa melayu...||

No comments:

Post a Comment