Sunday, April 28, 2013

Sahabat dan Kawan...

|| Permulaan yang baru selepas segala "Post-post" sebelum ini dilupuskan...

Sahabat dan Kawan...

Chiq tertanya, apa beza antara sahabat dan kawan. Ada beza ka antara dua perkataan ini, Ye, memang akan ada yang akan jawab, jumlah perkataan, ejaan dan sebutan. Yang itu Chiq  edar perbezaan yang ketara. Apa yang Chiq cuba cari maksud disebalik 2 perkataan ini. 

Persoalan ini timbul setelah diketengahkan oleh 2 orang teman. Yang sungguh baik budi pekerti. Pada Chiq   mereka bukan sahaja teman, tapi telah Chiq anggap sebagai seorang Abang atau saudara. 

Ok, kembali kepada isu utama, untuk mendapatkan jawapan tersebut, Chiq  seperti biasa pergi tanya dgn Pak Cik google. Dari apa yang Chiq  aca dapat disimpulkan yang Sahabat dan Kawan itu mempunyai 2 maksud yang berlainan. 

Sahabat : Seseorang yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri kita

Senang cerita ---------------------

Sahabat...
Sahabat adalah seorang yang tinggi nilai budi pekerti, 
Teman yang sehidup semati, 
Berada disamping ketika senang mahupun taktala susah hati
Bersama menempuh Onak dan Duri
Juga seorang yang sangat memahami
Saling melengkapi kekurangan diri
Membantu membakar semangat agar terus berdiri
Yang sentiasa memberi dan menasihati
Juga melindungi
Dengan seikhlas hati
Dan, seorang yang sangat menyayangi,
Berlandaskan ukhwah Islami
mengharapkan redha Ilahi
Namun, Pada alaf ini,
seorang sahabat amat payah dicari....
________________________________________________________________

Kawan....
Punyai minat yang sama
Kegilaan yang sekata
Meluangkan masa bersama
Bergembira, berseronok gelak ketawa sentiasa ada
Namun jarang sekali muncul ketika duka
Adanya sekadar bertanya khabar berita sekali dua
Untuk bersama, harapan semata
Ukhwah dibina setahun dua,
Andai belaku percanggahan kata
Bisa berkesai sesaat dua
Mengikut resmi gula,
Larut sebelum masa...
Betul, kawan ada dimana-mana
ranatu mana, pasti ada kawan
Itu lah kawan
________________________________________________________________

Kawan boleh dicari sebanyak mana,
dan pasti akan berjumpa...
Tapi
Sahabat,
sungguh payah, 

Kerana tidak semua kawan boleh jadi sahabat
Tapi semestinya Sahabat itu adalah seorang Kawan....
________________________________________________________________

Itu lah sedikit sebanyak apa yang Chiq  umpa dan disimpulkan dalam erti kata yang mudah untuk difahami, tidak berbunga tidak juga berdaun...

Sejujurnya, pada Chiq , tak kisah Sahabat ataupun Kawan, sifat ikhlas dan jujur itu teramatlah penting...

Sebelum tamat...

Meh tanya pada diri sendiri...

"Adakah Chiq mahupun anda semua tergolong dalam kategori Kawan atau Sahabat"

Andai tergolong dalam kategori sahabat, Berusahalah untuk menjadi seorang sahabat yang baik, Sahabat yang bersahabat kerana Allah S.W.T, Sahabat yang setia sepertimana para sahabat Rasul Allah...Kerana itu adalah contoh sahabat yang baik dan yang selayaknya bergelar sahabat...||

No comments:

Post a Comment